Monday, April 18, 2011

SeTiAp YaNg BeRLaKu PaSTi AdA HiKMaHnYa...

Assalamualaikum w.b.t
Sedar tak sedar kita telah berada di pertengahan bulan April 2011.
Namun adakah kita muhasabah diri kita sehari-hari?

Hidup ini hanyalah sekali, jadi janganlah kita biarkan ia dirosakkan dalam tidak sedar?
Kita selalu mengatakan kenapa jadi begitu dan begini, tetapi kita selalu terlupa selalunya ia adalah berkaitan dengan kesalahan kita sendiri?
Tanpa kita sedari, kita telah menyalahkan takdir Ilahi, sedangkan ketika kita lalai dengan dunia kita sendiri, kita tidak pernah meminta petunjuk dari Yang Maha Esa.. Layakkah kita digelar sebagai manusia yang hebat, sedangkan hakikatnya kita hanya hambaNYA yang LEMAH lagi KERDIL?

Bersama-samalah kita bertafakur& muhasabah diri apabila terjadi sesuatu yang tidak kita ingini..
Mungkin Allah lebih sayangkan kita dan tidak mengizinkan sesuatu yang kita inginkan terjadi disebabkan Dia ingin kita berfikir& menjauhkan diri daripada perbuatan yang tidak diredhaiNYA..

Hah! Tanyalah iman anda sendiri, tebalkah ia? Hebatkah ia seperti sahabat2 Baginda Rasullullah SAW?
Janganlah kita seperti pepatah Melayu "Dah kena barulah hendak terngadah"..
Yang rugi tentulah diri sendiri malahan mungkin kan melibatkan insan lain?

Bersama-samalah kita merenung kembali ayat 22 &23 dalam Surah Al-Hadid:

"Tiada Suatu Bencana Yang Menimpa Di Bumi, Dan Tiada Pula Pada Dirimu Sendiri, Melainkan Ada (Tertulis) Di Dalam Kitab (Lauh mahfuz) Sebelum Kami Menciptakannya. Sesungguhnya Yang Demikian Itu Mudah Bagi Allah Mengadakannya, agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu & tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNYA kepadamu.."(Al Hadid: 22&23)

Jadi bersyukurlah kita di atas setiap yang kita terima & janganlah kita terlalu bersedih di atas apa yang hilang daripada kita serta janganlah terlalu bergembira apabila dikurniakan sesuatu.. Kita juga perlu redha di atas setiap ketentuanNYA..
Semoga menjadi pedoman& ingatan kita bersama..
Wassalam..


Wednesday, April 14, 2010

SaLaM MuJaHaDaH

Assalamualaikum w.b.t.

Subhanallah, akhirnya Allah izinkan saya update blog pada hari ini. Sedikit sibuk dengan kerja,aktiviti2 Nisa' serta pelbagai program lagi. Namun bersyukur kerana masa dapat diisi dengan pelbagai aktiviti berfaedah.. Insya'allah, suka saya ingin berkongsi bersama sahabat2 semua mengenai kesibukan dan masa.

Alhamdulillah, setelah terbiasa dengan kehidupan seperti ini, ketika diberi Allah kelapangan masa, saya pula mencari2 aktiviti apa yang perlu dilakukan pada hari tersebut. Seperti yang kita sedia maklum, Allah SWT telah memberikan kita masa 24jam setiap orang&kita mestilah menghargai setiap masa&usia yang diberikan supaya dapat dimanfaatkan sebaik2nya.

Kembali kepada fitrah Allah menciptakan jin&manusia hanyalah untuk beribadat kepadaNYA. Sesuai dengan Firman Allah SWT:

“Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali dengan tujuan agar mereka beribadah kepadaku saja” (Surah Adz Dzariyat 56).

Dan Firman Allah lagi:
"Apakah kalian mengira bahwa Kami menciptakan kalian ini sia-sia belaka? Dan kalian mengira kalian tidak akan kembali kepada Kami? (Surah Al-Mu'minun 115)

Bila merenung ayat2 Allah ini, terasa diri terlalu jauh dari landasan yang telah ditetapkan olehNYA.. Kita seringkali sibuk dengan DUNIA yang hanya sementara sedangkan persediaan kita untuk ke akhirat tidak seberapa..

Namun Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang berfirman lagi:

"Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf kepadanya, tetapi(yang ada dosanya)apa yang disengajakan oleh hatimu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang"
(surah Al-Ahzab:5)


"Dan(juga)orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiayai diri sendiri,mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampunidosa-dosa mereka selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedangkan mereka mengetahui."
(Surah Al-Imran:135)

Subhanallah.. Berdoalah kita selalu kepadanya..kerana kita hanyalah hambaNYA yang selalu LUPA dan LALAI..:

"Wahai Tuhan kami,janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yamg berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Wahai Tuhan kami,janganlah Engkau pikulkan ke atas kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya.Maafkanlah kami,ampunkanlah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami,maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"
(Surah Al-Baqarah:286)

Ingatlah diriku dan semua kita hanyalah menumpang sementara di bumi Allah ini& kita tidak tahu apakah nasib kita di AKHIRAT nanti..

Semoga apa yang dicoretkan ini, akan terpahat dihati ini juga sahabat2 semua..

Amin..

Hamba Allah yang Khilaf,

~AnNuR^BaSyiRaH~





Tuesday, March 30, 2010

Wanita Itu Rumput Semalu


Assalamualaikum w.b.t

Ingin saya berkongsi sedikit artikel pendek ini untuk pengetahuan bersama. Mengenai wanita yang dikaitkan dengan pokok SEMALU..Semoga menjadi panduan bagi kita semua.. Wallahua'lam..

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada
pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil


Tuesday, January 26, 2010

Kelebihan Seorang Wanita

Assalamualaikum w.b.t

Disini saya ingin berkongsi info yang saya dapat bagi tatapan kursusnya kaum wanita & kaum lelaki bagi menyampaikan kepada istri2&wanita2 lain yg mereka kenali. Di bawah menunjukkan betapa Allah mengangkat darjat seorang yang bergelar wanita dengan memberikan pelbagai ganjaran kepada kaum wanita apabila melakukan ibadat kepada Allah SWT. Bersyukurlah kalian yg dijadikan Allah sebagai WANITA..

1. Dikatakan bahawa apabila seorang wanita solehah mengantarkan suaminya keluar di jalan Allah ( jihad ) dan ia menjaga dirinya di rumah, mengamalkan agama secara sempurna, maka ia akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya. Ia akan menunggui suaminya di Syurga dengan mengendarai kuda yang terbuat dari Yaqut.

2. Wanita Solehah akan mempunyai kecantikan 80 kali lebih cantik dari Ratunya bidadari di Syurga. Sehingga kecantikan wanita solehah dengan ratu bidadari ini perbandingannya bagaikan sinar matahari yang menutupi cahaya bintang-bintang di siang hari. Sedangkan satu bidadari saja jika dicelupkan darinya ke dalam lautan yang kotor, maka lautan itu akan menjadi jernih, dan terangnya melebihi terangnya sinar matahari. Satu bidadari saja, seorang laki-laki akan bingung mengagumi kecantikannya dikatakan selama 40 tahun. Apalagi Ratunya bidadari.

3. Di syurga lelaki akan berziarah kepada Allah swt, namun bagi wanita yang solehah yang hidup penuh ketakwaan dan menutup aurat dengan sempurna, maka Allah Swt sendiri yang akan datang kepadanya.
Justify Full
4. Seorang wanita yang Istiqomah menjaga solat 5 waktu dan berpuasa wajib di bulan Ramadhan, menjauhkan dirinya dari maksiat, dan mentaati suaminya, maka ia dapat masuk ke surga dari pintu manapun yang ia sukai.

5. Doa seorang wanita solehah adalah lebih ijabah (makbul/dikabulkan) dan lebih Allah sukai daripada do’a dari 70 orang waliullah.

6. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari 1000 laki-laki biasa.

7. Wanita yang menyapu rumahnya sambil berdzikir, maka Allah Swt akan memberinya pahala yang sama dengan menyapu Baitullah.

8. Apabila seorang suami kembali dari bermusafir, lalu istrinya menjamu dan melayaninya, dan juga selama suaminya pergi ia tidak melakukan maksiat, maka ia mendapatkan pahala sama seperti pahala melaksanakan sholat Sunnat selama 12 tahun.

9. Seorang wanita yang menyegerakan suaminya untuk beribadah atau naik haji, maka ia akan mendapatkan ganjaran ibadah suaminya tanpa mengurangi nilai ibadah suaminya lalu dikalikan 4 kali lipat.

10. Apabila seorang suami kembali ke rumah dalam keadaan cemas, kemudian istrinya menyambutnya dan menghiburnya, maka Allah Swt akan memberinya pahala yang sama dengan separuh pahala orang berjihad.

11. Jika seorang istri dapat menahan rasa cemburunya terhadap suami ditambah dengan Cinta, ketaatan dan pelayanannya istri kepada suaminya, maka itu disamakan oleh Allah dengan orang yang berjihad di jalan Allah.

12. Seorang wanita yang sedang haidh, haidhnya itu merupakan penebus atas dosa-dosa yang telah lalu. Ketika masa haid dosa-dosa berguguran.

13. Wanita yang pada haidh di hari pertama mengucapkan ’Alhamdulillah alaa kulli wastghfirullah’ maka ia akan terbebas dari neraka, aman dari siksa, dan melintasi sirat dengan mudah.

14. Allah akan mengangkat darjatnya seperti empat puluh orang yang mati syahid apabila ia selalu berdzikir selama haidhnya.

15. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan dan mengampuni 2000 kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari oleh matahari akan memintakan ampun baginya, dan dinaikkan baginya 1000 darjat.

Semoga menjadi panduan kita semua.. (",)
wassalam..

Wednesday, January 6, 2010

SaLaM MuJaHaDaH

Assalamualaikum w.b.t


Maaf lama tak updated blog. Alhamdulillah, sedar tak sedar kita telah masuk ke thn baru 1431H&2010 Mas
ihi. Namun adakah kita menyedari tentang prestasi diri kita sendiri yang kdg2 naik-turun pada tahun2 lepas2? Adakah kita ingin meneruskan kesilapan&kekhilafan diri seperti tahun2 yang sudah? Tanyalah juga iman kita sejauh mana ibadat kita telah lakukan kepadaNya.. Muhasabah buat diri sendiri & semua.

Pasti setiap orang ada matlamat& upgrade azam masing2 semperna tahun baru ini.. Tapi azam2 tahun2 yang sudah, adakah terlaksana? Memang mudah kita mencipta azam2 baru setiap tahun& sangat bagus kita membuat perancangan sebegitu bagi setiap tahun. Cuma kita perlu lebih sistematik dengan azam&perancangan tersebut.



Perlu diingatkan setiap perancangan& azam merupakan matlamat kita bagi suatu perlaksanaan yang akan dilakukan. Mungkin kita merasakan tidak mengapa azam/perancangan tersebut tidak dapat dilaksanakan pd tahun lepas. Tapi kita perlulah "forward" azam tersebut bagi tahun hadapan& tak perlu mencipta lebih banyak azam yang lain sekiranya azam tahun2 lepas banyak yang belum terlaksana. Juga perlu diingatkan, sekiranya dirasakan perancangan tersebut memang diluar kemampuan kita, tidak perlulah kita memasukkan di dalam perancangan kita/ KIV terlebih dahulu.



"Kita meRANCANG, ALLAH juga meRANCANG, perancangan ALLAH itu yang terBAIK"


Diharapkan, info ini membantu kita merancang kerja/azam/apa sahaja yang dianggap matlamat kita.


Sekian, Wassalam.

Wednesday, November 4, 2009

Khabar Dariku..

Assalamualaikum,
Lama saya tak update blog ni, kesibukan sbg student, biasalah dgn exam, class& etc.
Alhamdulillah, class Fiber Optic&Mobile Comm. -INSEP yg sy ikuti sejak 15hb6 yg lepas telah tamat pada 30hb10(4Bln). Sekarang diberi cuti seminggu bagi persiapan utk praktikal pula..
Insya'allah, saya kan menjalani praktikal bermula 9hb11'09 -9hb3'10(4bln). Lepas tu, ada rezki akan terus diserap ke syarikat tersebut. Insya'allah, semoga Allah permudahkan segala urusan kami..
Kepada yang berminat mengikuti kursus INSEP yg ada kelulusan diploma/degree dalam bidang science @ engineering @ IT, bolehlah melayari http://www.psdc.gov.my/ atau blh terus call 09-5689493/5689495(Cik Faradilla). Insya'allah, elaun kan diberi RM1000/bln(bergantung kepada penaja). (Harap betulkan niat ;) )
Kepada sahabat2 yang sedang/akan mengikuti kursus tersebut, saya doakan anda semua berjaya mengikuti kursus dengan baik&dapat input yang berguna disamping mendapatkan peluang pekerjaan.
Sekian, wassalam..

Thursday, September 17, 2009

Selamat Tinggal RAMADHAN, Selamat Datang SYAWAL

Assalamualaikum..

Di pagi 28 Ramadhan 1430H ini, aku termenung sejenak, memikirkan amalan2 yg ku rasa serba kekurangan, sebak hati ini mengenangkan masa yg ku sia2kan di bulan Ramadhan yg hanya tinggal b'sisa ini.. Namun jauh di sudut hati ini, memohon agar segala ibadatku diterima Ilahi, supaya aku tidak menyesal dikemudian hari, risau degup nafasku diambilNYA sebelum bertemu kembali Ramadhan akan datang..

Ya Allah, Ya Tuhan kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang. Berilah kami rezeki umur sehingga dapat kami temui lagi Ramadhan akan datang. Janganlah Engkau biarkan kami lalai dengan dunia di bulan2 lain.. Kami lemah Ya Allah, kami dhaif Ya Rabbi.. bantulah kami untuk mengekang diri kami dari nafsu&syaitan yang akan membawa kami kepada kemurkaanMu.. Terimalah segala amalan kami di Ramadhan ini, sesungguhnya kami telah melakukannya atas segala kesungguhan yg kami ada.. Jauhkanlah kami dari segala sifat munafiq dalam segala urusan kami.. Ya Rahman, tenangkan hati kami dari segala urusan dunia yang menyesakkan diri kami.. Pandulah diri kami kepadaMu.. Pemudahkanlah segala urusan kami.. Amin Ya Rabbal A'lamin..

Tanpa kita sedari, bulan Ramadhan akan pergi dari kita..bulan Syawal akan datang kepada kita selepas itu.. Syaitan2 akan terlepas dari ikatan & belenggu kembali datang untuk mengganggu hamba2Nya melakukan ibadat & mengajak kita kepada kemungkaran.. Bersediakah kita untuk menempuh kembali kehidupan setelah sebulan ditarbiyyah dengan berpuasa,bertarawikh, bertadarus, qiamullail& segala amalan yg dilakukan di bulan Ramadhan. Istiqomahkah kita dengan amalan2 tersebut di bulan2 lain? Atau sekadar sebulan kita melakukan amalan sebaik demikian? Sedarlah diriku & semua umat Islam, kerana Allah menjadikan Ramadhan supaya kita melakukan amalan sebaik berada di bulan Ramadhan supaya dipraktikkan di bulan2 yang lain.. Diharapkan, Syawal ini kita tidak mensia2kan segala tarbiyyah di bulan Ramadhan dengan menjauhkan diri dari segala kemungkaran, tidak membazir, tidak berlebih-lebihan dalam menyambut Idul Fitri, tidak melakukan kembali segala amalan buruk &meninggalkan sifat2 mazmumah yang telah kita tinggalkan semasa di bulan Ramadhan.

Salam Idul Ftri 1430H buat semua umat Islam. Semoga segala amalan kita diterima&diberikan kekuatan untuk meneruskannya di bulan2 lain.. Amin..

Ulama' Islam

Ulama' Islam