Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah .
Kini ummat Islam dinodai . Sejarah gemilangnya dipalit arang. Prestasi cemerlangnya dipandang sinis sementara pejuang kedaulatannya pula dicurigai .
Ummat Islam menjadi bangsat di atas tanahair sendiri , menjadi hina di hadapan kaum bangsa sendiri dan menjadi lemah dalam jumlah mereka yang ramai . Mereka hilang identiti dan luntur kualiti .
Bukankah kita ummat yang terbaik ?
Firman Allah swt yang bermaksud:
Kamu adalah sebaik – baik ummah , dikeluarkan dikalangan manusia . Kamu menegakkan perkara Ma’ruf dan mencegah perkara Mungkar dan kamu beriman kepada Allah swt.
( Surah Aali Imran . Ayat 110 )
Ummat ini tetap menjadi ummat yang terbaik asal sahaja mereka masih komited dengan 3 prinsip[1] yang dinyatakan oleh Allah di dalam ayat 110 dari surah Aali Imran .
Ummat ini adalah ummat yang terbaik justeru inilah : [2]
Ummat yang dilahirkan oleh Allah di atas muka bumi ini sebagai khalifah , untuk menjadi tuan dan pentadbir urusan hidup , kearah sebuah kemakmuran yang abadi dan hakiki .
Ummat yang mempunyai Kitab suci ( al Quran ) sebagai pedoman dan panduan hala tuju yang bukan sahaja menjanjikan tamaddun yang soleh tetapi juga kehidupan yang dirahmati dan diredhoi oleh Allah swt.[3]
Ummat yang diutuskan Rasul ( nabi Muhammad saw. ) sebagai pembimbing dan penunjuk arah yang bukan sahaja menjanjikan kesejahteraan dan kejayaan hidup tetapi juga menghindarkan kemurkaan dan azab ilahi .[4]
Ummat yang dikurniakan aqal dan nafsu untuk mengendalikan sebuah kehidupan yang normal serta dikurniakan pula agama dan syariat untuk memelihara dan mengawal pengendalian tersebut. ( bukan bertujuan menghalang dan menafikan hak sebuah kehidupan.)
Muslimin dan Muslimat yang dihormati sekelian .
Persoalannya , kenapa dan mengapa ummat ini mengalami kemerosotan yang amat parah dan sangat kritikal ? Malah kenapa ummat ini terperangkap dalam kancah yang merosakkan prinsip aqidah mereka , melunturkan nilai akhlak dan moral mereka jua mengheret mereka dalam konflik perasaan dan polemic jiwa yang tidak berkesudahan .
Realiti ini telah memaparkan satu landskap kehidupan ummat yang sangat menghiris dan memilukan perasaan kita yang masih memiliki selembar iman dan secangkir agama ini . Manakan tidak……..
Institusi keluarga porak peranda .
Ibubapa sibuk memburu kemewahan dunia sementara anak terabai tanpa didikan dan asuhan yang sempurna. Hilang kasih sayang , lekang kemesraan dan hancur adab susila . Keluarga sedemikian hanyalah melahirkan anak yang liar tanpa kawalan , isteri durhaka tanpa rasa hormat kepada suami dan ketua keluarga yang tidak bertanggungjawab tanpa rasa bersalah .
Remaja tanpa jati diri .
Dunia mereka hanya dilingkari hiburan dan rakan sebaya yang tidak membantu pertumbuhan jati diri yang berwibawa dan bertaqwa .
Masa depan mereka terumbang ambing laksana langkah kaki mereka yang tidak berketentuan . malah ramai yang terjebak dalam dunia maksiat yang keji dan jenayah yang jijik.
Mereka menyumbang kepada peningkatan taraf index jenayah yang menggugat rasa aman dalam Negara .[5]
Aktiviti maksiat dan Pusat hiburan bercambah .
Ianya bercambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan tanpa sebarang sekatan dan kawalan . Sebaliknya dengan rasa bangga , aktiviti dan pusat maksiat ini diperluas tanpa mengira sentiment ummat Islam .[6] Rentak muziknya menenggelamkan ketinggian suara azan dari menara rumah Allah ( masjid ) dan aksi lincah mereka mengatasi keaktifan seorang pendakwah yang tekun menyebarkan agama .
Program agama dan gerakkerja dakwah difitnah .
Aktiviti amal Islami sering berhadapan dengan fitnah dan terpaksa berhadapan pula dengan pelbagai implikasi yang tidak sedikit , khasnya dari pihak tertentu yang sering memandang perkembangan ini dengan rasa cemburu yang negative .
Fenomena ini hanya melahirkan masyarakat yang jahil dan menjadikan mereka lemas dalam arus deras mungkar dan maksiat yang sukar dikawal dan dibatasi .
Elemen inilah yang menghancurkan peradaban insaniyyah ( kemanusiaan ) dan anasir inilah pula yang menjadikan keadaan ummah mengalami dilemma dalam mencari identity dan kuality diri mereka .
Insafilah , bahawa kejatuhan ummat ini bukan kerana mereka berpegang teguh dengan ajaran agama Islam tetapi kerana hubungan mereka dengan Islam yang kian renggang , penghayatan mereka yang kian luntur , amalan mereka yang kian surut , akhlak mereka yang kian terhakis dan keimanan mereka kepada Allah serta hari akhirat kian malap .
Marilah , kita bergandingan dengan seluruh upaya dan daya yang kita miliki serta mengambil segala ruang dan peluang yang ada untuk mengembalikan semula kegemilangan dan kecemerlangan ummat ini .
Pastinya pula tiada formula dan tiada pilihan yang paling tepat melainkan kita kembali ke pangkuan agama dengan segala penghayatan dan perlaksanaannya. Komited dan istiqamah dengan setiap suruhan dan ajaran Ilahi . Hayatilah Firman Allah swt ini : ( yang bermaksud )
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk Yang sebaik-baik ciptaan ( dan lengkap sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur dan menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan Dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang Yang rendah, Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala Yang tidak putus-putus. (jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula Yang menjadikan Engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil Yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu? Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?
( Surah at Tiin : Ayat 4 – 8 )
Muslimin dan Muslimat sekelian .
Agama lah yang mengajar kita supaya membina silaturrahim agar wujud perpaduan yang merentasi kepentingan bangsa dan kaum serta agama dan budaya .
Agama lah yang mendidik kita supaya mentaati ibubapa , menghormati orang yang lebih dewasa dan menyayangi mereka yang lebih muda , agar lahir masyarakat penyayang yang saling hormat menghormati diantara satu sama lain .
Agama lah yang membimbing kita supaya menghindarkan diri dari segala maksiat , mungkar dan jenayah , semoga masyarakat bukan sahaja mendapat redho dan rahmat Ilahi tetapi juga bebas dari kerosakan dan kemusnahan serta hidup dalam keamanan dan kesejahteraan .
Agama lah yang membentuk nilai akhlak dan moral terpuji bagi meletakkan ummat Islam sebagai ummat yang bermartabat dan berdaulat jua bertamaddun dan berkeperibadian tinggi.
Agama lah yang menjana kekuatan spiritual dengan nilai pengabdian diri kepada Allah swt . Kekuatan rohani inilah pula yang mencetuskan rasa takut kepada Allah dan mampu menilai antara syurga dan neraka serta dosa dan pahala .
Muslimin dan Muslimat sekelian .
Demi masa depan ummah dan tanahair tercinta ini , malah demi masa depan kita bersama , marilah kita kembali dengan sehayun tangan dan selangkah kaki ke pangkuan agama suci ini , justeru hanya inilah jalan yang lurus , jalan yang membawa kita ke pintu syurga .
Dan Bahawa Sesungguhnya Inilah jalanKu (ugama Islam) Yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan Yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.
( Surah al – An a’am : Ayat 153 )
[1] Prinsip tersebut ialah : Menegakkan perkara ma’ruf ( syariat ) , Mencegah perkara Mungkar , Beriman kepada Allah swt.
[2] Sila rujuk Tafsir Al Munir Juzuk ke 4 . M/s 40 .[3] Firman Allah swt .
dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran guna menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita Yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.
( Surah an – Nahl : Ayat 89 )
[4] Firman Allah swt.
Dan Sesungguhnya Kami telah mengutus Dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada Yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula Yang berhak ditimpa kesesatan.
( Surah an – Nahl : Ayat 36 )